fbpx

Enam acara sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 kepada Tengku Hassanal di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak enam acara sampingan bakal diadakan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, antara acara yang bakal dilangsungkan adalah Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 18 Julai di Masjid Negara.

“‘Pameran Raja Kita’ pula berlangsung pada 25 Julai di Muzium Negara, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi menteri itu hari ini.

Terdahulu, Fahmi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuala Lumpur hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI