fbpx

F1: Magnussen jangka hilang tempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGNUSSEN gagal memberikan aksi terbaik apabila sekadar meraih satu mata dalam sembilan perlumbaan musim ini. - AFP

SILVERSTONE – Pelumba pasukan Formula Satu (F1) Haas, Kevin Magnussen mengakui bahawa masa depannya dalam F1 mungkin tidak terjamin selepas kontraknya bakal tamat hujung musim ini.

Ketika tempat dalam barisan pemandu F1 untuk musim 2025 semakin terhad, Magnussen sedar terdapat kemungkinan kontraknya tidak akan disambung oleh pasukan berkenaan.

Bagaimanapun, Magnussen menegaskan dia mahu terus berada dalam F1 dan berlumba untuk Haas, namun bersedia mendapatkan tawaran lain sekiranya Haas tidak bersedia untuk mengekalkan khidmatnya.

Terdahulu, Magnussen pernah tersisih daripada saingan F1 pada 2014 selepas kontraknya bersama McLaren berakhir, sebelum kembali bersama Renault setahun kemudian.

“Dahulu, ketika saya lebih muda, perkara seperti ini mungkin akan menjadi satu tekanan, tetapi sekarang saya mampu mengawalnya dengan baik. Saya hanya perlu masuk ke dalam jentera dan melakukan yang terbaik,” katanya.

Musim ini, Magnussen hanya berjaya mengumpul satu mata dalam sembilan pusingan, manakala rakan sepasukannya, Nico Hulkenberg yang akan menyertai Sauber musim depan telah mengumpul tujuh mata dan dianggap sebagai pemandu yang berprestasi tinggi.

Haas dilaporkan sedang mempertimbangkan keputusan memberikan peluang buat Ollie Bearman, selain turut berminat untuk mendapatkan Esteban Ocon yang bakal meninggalkan Alpine. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN