fbpx

Hantar barang dari KL ke Pulau Pinang guna pembalut ayat al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar bungkusan yang tular dipercayai dihantar Rabu lalu oleh sebuah syarikat percetakan dari Cheras, Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian beberapa bungkusan barangan yang dibungkus dengan pembalut yang mempunyai ayat-ayat suci al-Quran, minggu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan berkaitan kejadian itu juga telah lengkap dan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya.

“Polis ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di laman Telegram gambar bungkusan yang dipercayai dihantar Rabu lalu oleh sebuah syarikat percetakan dari Cheras, Kuala Lumpur ke Air Itam, di sini yang dibungkus menggunakan kertas yang mengandungi ayat al-Quran.

Susulan itu, pemandu syarikat kurier yang menerima bungkusan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Lepas, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI