fbpx

Euro 2024: Turkiye terkejut berjaya pamer aksi luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GULER (tengah) berjaya meledak kedua Turkiye menerusi rembatan lencong yang cukup menarik untuk meraih kemenangan ke atas Georgia awal pagi semalam. - AFP

DORTMUND – Turkiye mengakui seperti tidak percaya apabila mampu mempamerkan aksi bola sepak berkelas dunia selain menganggap kejayaan menewaskan Georgia 3-1 pada aksi pertama Kumpulan F sebagai kemenangan di pentas final.

Pandangan tersebut dinyatakan oleh ketua jurulatih, Vincenzo Montella yang mengakui agak terkejut dengan prestasi luar biasa anak-anak buahnya untuk memastikan kempen Euro 2024 kali ini dimulakan dengan langkah kanan.

Kata Montella, barisan pemain sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol, tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan dengan Georgia turut bermain dengan baik.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan perlawanan ini ibarat pentas final kerana kami melakukan 22 percubaan ke arah gol lawan. Cuma, ada beberapa peluang keemasan yang gagal disudahkan dengan baik selain VAR juga membatalkan satu gol menarik yang kami lakukan.

“Apa yang pasti, saya hargai persembahan pemain sepanjang 90 minit perlawanan selain kebetulan hari ini adalah hari jadi saya dan tiada hadiah yang lebih indah selain daripada tiga mata penuh buat kami,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah The Crescent Stars, Arda Guler yang turut mencetak nama selaku penjaring mengakui sangat teruja apabila dapat menjaringkan gol pada debut pertama di kejohanan berprestij benua Eropah itu.

“Saya tidak peduli dengan rekod peribadi kerana apa yang penting pasukan dapat melakar keputusan positif. Ini adalah hadiah buat jurulatih kami yang berjaya mengatur taktikal menarik untuk memastikan pasukan dapat melakar kemenangan dengan bergaya,” katanya – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI