fbpx

Euro 2024: Masa kecederaan leburkan impian Rep. Czech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROVOD terlebih dahulu melakar kejutan dengan meledak gol pembukaan ketika Croatia terpaksa akur dengan kekalahan kepada Portugal awal pagi semalam. - AFP

LEIPZIG – Ketua Jurulatih Republik Czech, Ivan Hasek mengakui sangat kecewa selepas melihat pasukannya tewas 1-2 kepada Portugal di Red Bull Arena awal pagi semalam dengan jaringan hujung perlawanan.

Czech berjaya melakukan kejutan apabila terlebih dahulu memecahkan kebuntuan hasil jaringan Lukas Provod menerusi rembatan luar kotak penalti yang begitu menarik melepasi jangkauan penjaga gol Portugal, Diogo Costa.

Bagaimanapun, kelebihan tersebut hanya bertahan selama tujuh minit buat Czech apabila pemain pertahanan mereka, Robin Hranac tertampan bola ke gawang sendiri sebelum gol mereka bolos kali kedua hasil jaringan Francisco Conceicao pada masa kecederaan.

“Saya rasa sangat marah. Kami turun menentang salah satu pasukan terbaik di dunia dan berjaya mengikat mereka untuk tempoh 90 minit. Namun, kami sangat tidak bernasib baik apabila bolos pada masa kecederaan.

“Anda boleh melihat sendiri kualiti yang kami ada. Kami tidak memberikan laluan mudah kepada mereka, setiap kali kami bertahan mereka tidak mempunyai ruang untuk mencipta peluang.

“Pemain pertahanan kami bermain dengan sangat baik walaupun kami bertahan terlalu ke belakang. Kami tidak mahu perkara itu berlaku (kalah), tetapi Portugal nyata memiliki kualiti yang lebih baik ketika melakukan serangan menyebabkan kami terpaksa akur,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Czech tidak mempunyai pilihan kecuali memburu kemenangan pada aksi kedua apabila dijadual menentang Georgia Sabtu ini di Volksparkstadion, Hamburg. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI