fbpx

Boleh simpan daging korban lebih tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Umat Islam dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi tiga hari berdasarkan pendapat jumhur ulama.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi hantaran Facebook yang memetik sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan, hadis mengenai larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari itu telah dimansuhkan.

“Pendapat Ali RA dan Ibn Umar RA ialah, tidak boleh menyimpan daging korban melebihi tiga hari.

“Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah: Rasulullah S.A.W melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan,” menurut hantaran tersebut.

Sehubungan itu, larangan menyimpan daging lebih dari tiga hari adalah berdasarkan keadaan hidup yang sempit dan susah ketika itu.

“Kemudian hadis larangan tersebut telah dimansuhkan hukumnya kerana keadaan telah berubah kepada lebih baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI