fbpx

Anwar sambut ketibaan Li Qiang secara rasmi di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Li Qiang di Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Premier Republik Rakyat China Li Qiang dan delegasi sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara di Perdana Putra di sini, pagi tadi.

Anwar menerusi hantaran Facebook memaklumkan, Li Qiang kemudian diberikan sambutan rasmi termasuk memeriksa barisan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

“Usai sambutan saya dan Premier Li terus mengadakan pertemuan tertutup di pejabat bagi membincangkan kemajuan serta perkembangan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China.

“Turut disentuh adalah perkembangan serantau yang menjadi kepentingan bersama antara kedua-dua negara,” katanya hari ini.

Anwar berkata, seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini, Malaysia komited untuk memupuk hubungan penting ini demi kemakmuran rakyat dan seluruh rantau.

Terdahulu media melaporkan, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang yang mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia, bagi membincangkan hubungan dua hala antara dua negara.

Menurut kenyataan Wisma Putra sebelum ini, semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin negara tersebut juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Lawatan Li Qiang ke Malaysia adalah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China berikutan penandatanganan Kenyataan Bersama oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Chou En Lai pada 31 Mei 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI