fbpx

Rezeki terpijak, Elfira Loy dedah terima 2 jemputan tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elfira bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan haji dengan ibu tersayang.

PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menunaikan ibadah haji bersama ibu tercinta terlaksana.

Kata Elfira atau nama lengkapnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, dia dan ibunya, Filzah Yusoff saling menerima tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini daripada Lembaga Tabung Haji.

Namun, menolak dan membiarkan ibunya sahaja untuk pergi ke Tanah Suci kerana tidak mahu berpisah dengan anaknya.

“Alhamdulillah pada tahun ini sebenarnya saya sudah mendapat peluang untuk mengerjakan haji daripada Tabung Haji.

“Tetapi disebabkan memikirkan soal anak, saya menolak dan mendahulukan mama untuk mengerjakan haji,” katanya dalam Instagram.

Namun, pelakon filem Rentap itu tidak menyangka apabila menerima jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi untuk menunaikan haji pada tahun ini.

“Saya mendapat berita gembira bahawa ada jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi.

“Masya-Allah. Allah benar-benar menjemput saya sehinggakan dua kali jemputannya. Jadi saya tawakal sahaja kepada Allah,” tambahnya.

Elfira juga meluahkan rasa syukur apabila dia dan ibunya selamat menyelesaikan urusan melontar jamrah.

Untuk info, Elfira antara selebriti tempatan yang dijemput kementerian itu bersama beberapa pengamal media yang terdiri daripada Utusan TV, Utusan Malaysia, Bernama TV, TV AlHijrah dan Astro Awani untuk bersama-sama menunaikan haji pada tahun ini.

Difahamkan kira-kira 200 pengamal media dan pempengaruh dijemput berbanding tahun lepas hanya seramai 1,500 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI