fbpx

Rapid Bus sedia perkhidmatan #JomNaikVan ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van perantara percuma yang akan mengambil penumpang di Balai Pelepasan ERL KL Sentral dan juga dari Taman Botani Perdana untuk ke Parlimen.

PETALING JAYA – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) akan mengoperasikan perkhidmatan van perantara (T851) percuma antara KL Sentral dan Parlimen bermula 24 Jun hingga 18 Julai ini.

Menerusi kenyataannya, perkhidmatan van perantara itu bersempena dengan pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat bagi tahun 2024.

“Perkhidmatan T851 ini adalah perkhidmatan alternatif demi kemudahan dan kelancaran perjalanan bagi mereka yang mempunyai urusan di Bangunan Parlimen, selain untuk mengelak kesesakan ruang meletak kereta di pekarangan Parlimen.

“Ia turut memberi peluang kepada pengguna merancang masa perjalanan mereka,” menurut kenyataan itu hari ini.

Perkhidmatan van percuma ini akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat pukul 7 pagi hingga 8 malam dengan kekerapan setiap 30 minit pada waktu puncak (7 pagi hingga 11 pagi atau 4 petang hingga 8 malam) dan setiap 60 minit di luar waktu puncak mengikut jadual yang ditetapkan.

Van perantara percuma ini akan mengambil penumpang di Balai Pelepasan ERL KL Sentral dan juga dari Taman Botani Perdana (berhampiran tempat letak kereta bertingkat) untuk ke Bangunan Parlimen, meliputi laluan sepanjang 5 kilometer dan
mengambil masa 15 minit.

Rapid Bus menjemput semua pihak yang mempunyai urusan di Bangunan Parlimen untuk memanfaatkan perkhidmatan van percuma tersebut.

Maklumat lanjut tentang
perkhidmatan itu boleh didapati menerusi laman web dan media sosial Rapid KL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI