fbpx

Ubah suai Hyundai Sonata angkut dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (tiga dari kiri) menunjukkan hasil rampasan dadah pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

SERDANG – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah berjumlah RM13.5 juta yang diseludup dari negara jiran selepas menahan seorang lelaki di Puchong, di sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Menurut Kok Chin, siasatan awal mendapati dadah jenis syabu dan ketamin itu diseludup menggunakan bungkusan teh popular dari negara jiran bersempadan negeri Pantai Timur.

“Sindiket ini disyaki terbabit kegiatan penyeludupan sebanyak empat kali sejak mula beroperasi awal tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini hari ini.

Kok Chin berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan menyewa rumah teres sebagai stor penyimpanan dadah.

Bagaimanapun, katanya, penyewa rumah tersebut tidak dapat dikesan dalam serbuan itu.

“Suspek juga dipercayai menggunakan kereta jenis Hyundai Sonata yang diubah suai dengan tempat simpanan khas untuk menghantar dadah dengan upah RM6,000.

“Kita percaya terdapat ahli sindiket lain yang terlibat dan penyewa rumah diminta tampil untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Kok Chin berkata, jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggarkan RM13,573,112 termasuk kenderaan dan wang RM500. Daripada jumlah itu, sebanyak 73.150 kilogram (kg) ketamin dan 308.691 kg syabu dirampas.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas sebarang pengambilan bahan terlarang. Lelaki itu direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI