PETALING JAYA – Sering dilemparkan dengan komen-komen negatif, pempengaruh, Syamimia tampil dengan sebuah video mendedahkan dan memberi ulasan terhadap kecaman netizen ke atas dirinya.
Di dalam video tersebut, selain mendedahkan nama individu yang memberi komen negatif, Syamimia dilihat memberi penilaian kepada setiap komen daripada netizen yang dianggap telah membuli dirinya.
Komen-komen tersebut diterima daripada netizen yang menonton dirinya ketika menjadi tetamu dalam sebuah podcast bersama pempengaruh, Hazeman Huzir.
“Hari ini kita nak main ‘rating’ komen ‘haters’. Jangan ambil serius, kita nak santai saja di sini. Bermula dengan komen pertama dekat video podcast dengan Haze hari itu.
“Suka hati saja dia mengata. Macam kenal lama tu. Untuk komen yang ini saya bagi tujuh per 10. Dia tak faham ‘style’ podcast yang santai, bahasa tak berlapik, soalan sentap, panas,” katanya.
Menurut Syamimia, dia sendiri sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh hos supaya bersedia dengan soalan-soalan yang tidak berlapik dan dinasihatkan untuk tidak melenting.
Selain itu, Syamimia turut memberi ulasan terhadap komen negatif yang diterima dalam perkongsian video yang dibuat olehnya semasa membuat rakaman membuka bungkusan peti sejuk baharu yang dibeli baru-baru ini.
“Seorang ini dia datang dekat video peti ais saya. Dia komen yang toksik, dia macam bukanlah nak kena buruk-buruk perkataan tu baru nampak toksik itu. Dia cakap tak boleh condem apa-apa pasal budak Syamimia, penjilat dia ramai, nanti kita kecam sekali.
“Cukup pedas, cukup menyakitkan hati. Tujuh per 10 juga saya bagi. Tiga markah kurang sebab dia kata saya ada penjilat. Sekarang ini yang tak follow saya pun dah boleh fikir dengan waras ‘cyberbully’ itu apa,” katanya.
Untuk rekod, Syamimia terkenal di platform media sosial dengan kandungan dekorasi rumah dan kehidupan seharian.
Sebelum ini, Syamimia pernah mendapat perhatian netizen apabila teruk dikecam kerana didakwa tidak berkongsi dan cakna mengenai nasib yang menimpa rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE
@syamimia_Segmen khas malam minggu, Edisi Siasat.