fbpx

Ayu Ting Ting elak rapat dengan artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayu Ting Ting

LEBIH selesa bergaul dengan jiran tetangga berbanding selebriti, penyanyi Ayu Ting Ting mempunyai alasan tersendiri mengelak rapat dengan teman seindustri.

Pemilik nama lengkap Ayu Rosmalina itu mengakui dia seorang yang bersederhana sekali gus berasa canggung dikelilingi insan popular.

Katanya, sepanjang bergelumang dalam dunia hiburan, rakan yang rapat dengannya adalah teman sekolah menengah serta jiran tetangga.

Menurut Ayu lagi, dia tenang dapat berbual dan menghabiskan masa dengan orang biasa yang boleh berjumpa di mana-mana sahaja.

“Saya suka santai begini, boleh keluar bersama kawan-kawan yang mungkin senario ini berbeza buat artis lain,” ungkapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI