fbpx

Wang tunai RM4.7 juta menanti pembelot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berdiri di hadapan sebuah jet F-16 milik tentera Denmark di sebuah pangkalan udara di Vojens pada 20 Ogos 2023. – AFP

MOSCOW –  Russia mengumumkan ganjaran tunai AS$1 juta (RM4.7 juta) kepada mana-mana juruterbang Tentera Udara Ukraine yang  berpaling tadah dan menerbangkan jet pejuang F-16 ke wilayah Kremlin, lapor laman berita Defence Security Asia semalam.

Sebagai tambahan,  anggota tentera terbabit akan diberikan kerakyatan Russia.

Ganjaran juga meningkat sekiranya jet  F-16 berkenaan mempunyai sistem persenjataan lengkap seperti peluru berpandu dan bom.

Menurut beberapa laporan, Russia berhasrat  mengkaji pesawat F-16 buatan firma Amerika Syarikat, Lockheed Martin dan menjadikannya sebagai ‘trofi perang’ di Moscow.

Tawaran itu dibuat selepas pengumuman satu lagi insentif oleh syarikat Russia, Fores. Fores  menawarkan wang tunai AS$168,000 (RM792,164) kepada askar Kremlin yang berjaya menembak jatuh pesawat F-16 pertama yang dikendalikan oleh Ukraine. 

Insentif tunai itu adalah sebahagian daripada strategi  menyokong Angkatan Tentera Russia dan meningkatkan semangat mereka di tengah-tengah konflik bersenjata di Ukraine. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI