fbpx

‘Biasa dapat daging, tahun ini dapat lembu seekor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH Anak-Anak Yatim Soleha di Tanjung Tualang, Batu Gajah menerima sumbangan seekor lembu dan tiga ekor kambing sempena Aidiladha tahun ini.

BATU GAJAH – Seperti kebia­saan sambutan Hari Raya Aidiladha setiap tahun cukup bererti buat 32 penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Soleha, Tanjung Tualang, di sini, apabila menerima daging korban daripada penyumbang yang ikhlas.

Pengasasnya, Sarah Walit berkata, saban tahun rumah ja­gaan anak swasta itu menerima sumbangan daging korban sekitar lima hingga 10 kilogram (kg).

“Cuma tahun ini agak ­istimewa apabila kami menerima sumba­ngan seekor lembu dan tiga ekor kambing daripada beberapa penyumbang dari Kuala Kangsar yang tidak ingin dikenali.

“Lembu dan tiga ekor kambing itu siap diproses dan dagingnya akan diserahkan kepada kami hari ini (kelmarin),” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.

Kebanyakan penyumbang ialah kariah masjid dan surau sekitar sini termasuk orang perseorangan.

“Sumbangan tahun ini paling besar diterima sejak beroperasi lebih 10 tahun lalu.

“Penghuni rumah jagaan ini berusia tujuh hingga 18 tahun termasuk lelaki dan perempuan yang kurang bernasib baik,” katanya.

Katanya, mereka berterima kepada semua penyumbang yang memberi daging korban tersebut.

“Kami tidak mengira sikit atau banyak kerana daging korban ini ada keberkatannya dan anak-anak saya dapat menikmati da­ging segar sebagai menu masakan selama beberapa hari.

“Sebenarnya ramai rakyat negara ini yang prihatin selain banyak menyumbang barangan keperluan asas untuk anak-anak ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI