fbpx

PRK Sungai Bakap: Polis P. Pinang kenal pasti lokasi ‘hot spot’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Bakap

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengenal pasti beberapa lokasi panas di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu yang akan bermula selepas penamaan calon 22 Jun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis telah berada pada tahap siap sedia tertinggi dalam persiapan untuk berdepan dengan PRK DUN Sungai Bakap.

“Ada beberapa kawasan ‘hot spot’ yang mungkin menjadi lokasi panas. Polis akan memastikan kelancaran proses PRK berkenaan dengan memastikan pengundi dalam keadaan selamat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Menurut Hamzah, bagi menghadapi PRK DUN Sungai Bakap sebanyak 1,000 anggota dan pegawai akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI