fbpx

Bapa pujuk anak untuk terus korbankan ‘Ahmad’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ARIFF bersama lembu sado kesayangannya sebelum dikorbankan di Masjid Kampung Jaya Gading di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Lembu sado baka limousine seberat hampir satu tan antara ternakan yang mencuri tumpuan orang ramai untuk dikorbankan sempena sambutan Aidiladha di Masjid Kariah Kampung Jaya Gading, di sini, hari ini.

Menurut pemilik dan juga penternak, Mohd. Fuad Besar, 44, kelebihan memiliki daging yang banyak menyebabkan lembu sado menjadi pilihan bagi melaksanakan ibadah korban, di Kampung ini, tahun ini.

“Sebenarnya ia milik anak bongsu saya, dia yang banyak menjaga, malah menggelar lembu sado itu dengan panggilan Ahmad.

“Semasa diberitahu Ahmad akan dikorbankan, anak saya gembira tetapi semalam dia mula rasa berbelah bahagi dan sedih dan memberitahu tidak jadi untuk menjual,” katanya kepada Kosmo.

Mohd. Fuad berkata, dia terpaksa memujuk anaknya, Muhammad Ariff Darwisy, 13 supaya berlapang dada dengan ibadah korban itu, dan berjanji akan menggantikan lembu sado yang lain selepas ini.

Katanya lagi, anaknya akan ke kadang setiap hari semata-mata untuk bercakap dengan Ahmad, malah tidak kekok untuk memandikan lembu sado peliharaannya.

Katanya lagi, haiwan yang dibeli pada usia tujuh bulan dari Terengganu itu merupakan lembu sado jantan pertama yang dipeliharanya atas pemintaan Muhammad Ariff Darwisy sendiri.

Kira-kira 15 individu mahir mengambil masa kira-kira 10 minit untuk merebahkan Ahmad yang berusia tiga tahun itu berikutan fizikalnya yang besar dan tinggi dengan berat hampir mencecah 1,000 kilogram.

Proses melapah lembu sado baka limousine berkenaan mengambil masa lebih sejam sebelum dagingnya diagihkan kepada asnaf dan penduduk kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI