fbpx

Suami isteri dera anak angkat hingga mati, dilanjut reman lima hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Tempoh reman pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kes dera hingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilanjutkan sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perintah reman ke atas lelaki berusia 66 tahun dan isterinya berusia 27 tahun itu disambung lima hari lagi selepas ditahan reman tujuh hari sebelum ini.

Katanya, pasangan itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan terperinci perlu dijalankan sebelum pendakwaan dibuat, jadi kita membuat permohonan sambung reman,” katanya di sini hari ini.

Pada 10 Jun lalu, sepasang suami isteri ditangkap di kediaman mereka di Silibin di sini berikutan kematian anak angkat yang ditemukan dengan kesan lebam di badan.

Selain lebam di seluruh badan disyaki dipukul dengan objek tumpul, pemeriksaan mendapati ada luka koyak dan lebam pada peranakan luar dan dubur mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI