fbpx

Inderapura dilanda ribut, khemah niaga berterbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian khemah perniagaan yang diterbangkan angin di Inderapura, Jerantut.

JERANTUT – Penduduk di bandar Inderapura yang sedang menikmati juadah Hari Raya Aidiladha petang tadi gempar apabila ribut membadai beberapa buah khemah dan gerai perniagaan di bandar itu, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyaksikan ribut telah menerbangkan beberapa buah khemah kosong di hadapan sebuah hotel.

Seorang penduduk, Abd Manaf Mat, 60, berkata, semasa kejadian dia sedang memandu kereta ke sebuah pasar raya ketika ribut bermula.

“Sebaik tiba, saya nampak dua khemah diterbangkan angin. Saya hentikan kereta dan lihat beberapa khemah lagi tercabut dan diterbangkan ribut, manakala beberapa yang lain runtuh,” katanya.

Dalam pada itu seorang penunggang motosikal, Izam Ghani, 43, berkata, semasa kejadian dia yang dalam perjalanan ke sebuah kedai makan terpaksa memberhentikan motosikal apabila melihat kejadian berkenaan.

“Saya dengar jeritan ‘ribut’ dan nampak beberapa orang dari pasar raya lari masuk ke kenderaan masing-masing. Saya panik dan turut lari berlindung di sebuah premis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI