fbpx

Mayat Noor Malabika tak dituntut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR MALABIKA

TIADA tanda berlaku pembunuhan dalam kes membabitkan kematian pelakon The Trial, Noor Malabika Das, 31, yang ditemui di rumahnya di Mumbai, India, 6 Jun lalu.

Hasil siasatan polis sebaik menerima aduan jiran mengenai bau busuk di kediamannya membawa kepada penemuan mayat yang sudah mereput.

Pihak berkuasa menemui ubat depresi, telefon bimbit serta diari yang menunjukkan bekas pramugari itu berdepan masalah tekanan jiwa.

Perkara itu disahkan seorang saudara terdekat yang menyatakan Noor mengambil ubat penenang berikutan sukar menerima kenyataan tidak menyerlah dalam industri filem Bollywood selepas lebih enam tahun berusaha keras.

Menerusi drama rantaian siaran platform penstriman The Trial yang membariskan Kajol sebagai bintang utama, Noor menjadi pelakon sampingan.

Urusan pengebumian kini disempurnakan pihak luar selepas keluarga terdekatnya tidak dapat dihubungi mahupun membalas panggilan termasuk daripada teman media. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI