fbpx

Miniso tambah pelaburan untuk miliki 50 outlet tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jerry Gong (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran outlet terbaharu Miniso Pink Store di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Miniso Malaysia merancang untuk membuka cawangannya di seluruh negara sehingga 50 outlet menje­lang akhir tahun ini sebagai usaha menawarkan lebih banyak pilihan produk yang meluas kepada para pelanggannya.

Buat masa ini, syarikat yang beribu pejabat di China itu memiliki 22 cawangan di Malaysia dan outlet terbaharunya telah dibuka di pusat beli-belah Pavi­lion Bukit Jalil yang bertemakan Miniso Pink Store.

Pengurus Besarnya, Jerry Gong berkata, kepesatan ekonomi dan pertambahan bilangan penduduk serta minat mendalam terhadap pelbagai produk gaya hidup apatah lagi yang memiliki jenama harta intelek (IP) popular dunia menjadikan Malaysia sebagai antara fokus pasaran Miniso di Asia Tenggara.

Beliau yang enggan mengulas mengenai jumlah pelaburan pembukaan cawangan syarikat pada tahun ini bagaimanapun memaklumkan bahawa sistem francais akan ditawarkan bagi rancangan pembukaan cawangan baharu pada masa akan datang.

“Ini adalah tahun pertama kami bertapak di Malaysia dan kami dapati negara ini adalah antara pasaran terbesar kami di rantau ini.

“Sehingga sekarang, jenama Miniso telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

“Sasaran pelangan kami ada kumpulan muda tetapi mahu meluaskan lagi kepada semua generasi yang berusia semuda lima tahun hingga lebih 35 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran cawangan terbaharunya, Miniso Pink Store di sini baru-baru ini.

Miniso yang diasaskan pada tahun 2013 di China telah berkembang pesat sehingga perluasan pasaran di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan juga ke Asia Tenggara.

Outlet Miniso Pink Store ini adalah cawangan kedua yang dimilikinya, ia bersesuaian dengan warna merah jambu di ke­seluruhan premis melalui kerjasamanya dengan Barbie.

Keunikan ini telah membuatkan outlet ini mampu menarik minat pengunjung untuk membeli-belah.

Menurut Jerry, selain kerjasama dengan Barbie, barangan di situ turut dilengkapi dengan pelbagai produk IP baharu yang trendy meliputi barangan mainan, elektronik tetapi juga hingga kepada produk kecantikan diri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI