KUALA KANGSAR – Kira-kira 30 peniaga di kompleks pasar basah baharu di bandar Kuala Kangsar menagih kehadiran pengunjung sejak lebih sebulan berpindah ke tempat tersebut. Peniaga yang ditemui turut mendakwa, jualan harian mereka mengalami pengurangan mendadak sejak berpindah ke tempat baharu itu yang dinamakan Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar. Berdasarkan pemerhatian, suasana pagi di tempat tersebut agak lengang dengan bilangan pengunjung yang sedikit. Keadaan itu juga diperhatikan membuatkan para penjual bersaing sesama sendiri untuk memujuk pembeli singgah ke gerai masing-masing.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya