fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan kawasan-kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat berserta ribut petir itu dijangka di seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar).

“Ribut petir turut diramalkan melibatkan beberapa kawasan di Pantai Timur termasuk di Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin).

“Cuaca lembap dan hujan turut dijangka di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Selain itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di kebanyakan kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Sarawak pula, hujan turut dijangka di Betong, Sarikei (Pakan), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang, diikuti Sabah, melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), Kudat dan Labuan sehingga 5 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI