fbpx

THSS: Defam tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATAS beberapa faktor termasuk kesihatan, Defam sepakat undur diri daripada program THSS.

PETALING JAYA – Selepas lima minggu berentap, kumpulan trio wanita popular, Defam mengumumkan menarik diri daripada rancangan realiti, The Hardest Singing Show (THSS) semalam.

Menurut Defam yang dianggotai Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis, keputusan tersebut diambil selepas membuat pelbagai pertimbangan termasuk masalah kesihatan.

“Kami teruja dapat berada di sini. Idea yang tak pernah kami lontarkan di tempat lain dapat gunakan di sini, inilah momen terbaik sepanjang di sini.

“Dengan rasa sedih, kami mengumumkan untuk menarik diri daripada THSS.

“Kita terpaksa buat pilihan ini atas faktor kesihatan, bukan daripada pihak kami bertiga,” kata mereka menerusi sebuah video.

Dalam video tersebut, Defam turut menitipkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan barisan juri dan rakan selebriti yang turut bertanding dalam THSS tahun ini.

“Kepada kawan-kawan yang masih berjuang, selamat maju jaya, kami seronok bersama kalian.

“Kami doakan yang terbaik dan teruskan menyokong mereka,” ujarnya.

Sebelum Defam, Datin Alyah merupakan peserta pertama yang menarik diri daripada rancangan yang dihoskan Nabil Ahmad dan Rina Nose itu apabila mengesahkan dirinya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Program tersebut sebelum ini pernah mengundang kecaman ramai kerana beberapa persembahan peserta dianggap keterlaluan dan disamakan seperti sarkis.

Kini, hanya tinggal enam peserta yang bertanding iaitu Ayda Jebat, Aisha Retno, Aepul Roza, Putera Muhammad, Zizi Kirana dan Stacy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI