fbpx

Sultan Nazrin berkenan hadir sambutan Aidiladha bersama pemimpin negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Nazrin dan Tuanku Zara berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidiladha yang disertai ramai pemimpin negeri di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh hari ini.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Aidiladha yang disertai ramai pemimpin negeri di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan Exco, kepimpinan dan pentadbiran jabatan dan agensi negeri.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin kira-kira pukul 10 pagi dan baginda menyapa tetamu dengan ucapan salam serta selamat hari raya sebelum majlis santapan bermula.

Kira-kira 30 pemimpin negeri hadir ke majlis tersebut dan disertai lebih 100 orang yang lain termasuk petugas media. Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim berangkat meninggalkan majlis pada pukul 11 pagi.

Baginda sebelum itu menunaikan berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini bersama rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI