fbpx

Euro 2024: Kem Perancis tidak ada masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Perancis sebelum ini dikhabarkan berdepan isu kesihatan apabila beberapa pemain mereka diserang demam. - AFP

DUSSELDORF – Tidak ada sebarang masalah kesihatan dalam skuad Perancis menjelang pertemuan menentang Austria pada aksi sulung Kumpulan D saingan Euro 2024 di Merkur Spiel-Arena awal pagi esok.

Terdahulu, tercetus spekulasi bahawa Les Bleus mungkin tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik mereka ketika bertemu Austria apabila beberapa pemain utama berdepan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, penyerang veteran, Olivier Giroud memberi jaminan bahawa mereka berada dalam kondisi terbaik selain mengesahkan hanya Kingsley Coman tidak berada pada tahap terbaik.

“Anda semua tidak perlu bimbang berhubung tahap kecergasan semua pemain. Selain Coman, pemain-pemain lain tidak berdepan sebarang masalah kesihatan dan sedia untuk diturunkan.

“Sementara itu, keadaan Coman juga tidak serius dan dia dilihat sudah semakin baik. Buat masa sekarang, pasukan hanya mahu memberikan fokus terhadap aksi sulung menentang Austria nanti,” katanya.

Penyerang Los Angeles Galaxy itu turut menjelaskan, dia menggalas misi tersendiri untuk menebus kekecewaan terlepas kejuaraan pada edisi 2016 selepas tewas kepada Portugal di perlawanan akhir.

“Saya datang ke kejohanan ini dengan perasaan penuh teruja dan nostalgia. Kekalahan pada 2016 sentiasa bermain di minda saya, jadi harapan kali ini adalah menebus kekecewaan itu dengan menjadi juara,” ujar Giroud. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI