fbpx

Euro 2024: Croatia hilang semangat berjuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CROATIA gagal beraksi dengan baik menyebabkan gawang mereka bolos tiga kali berdepan Sepanyol awal pagi semalam. - AFP

BERLIN – Pengendali Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan aksi hambar dan perlahan dipamerkan pasukannya menyebabkan mereka terpaksa menanggung padah apabila membenarkan penguasaan Sepanyol yang mencatat kemenangan 3-0 awal pagi semalam.

Keputusan itu juga menjadi satu lagi kekalahan besar Croatia di kejohanan utama selepas bolos dengan jumlah gol yang sama ketika berdepan Portugal pada Euro 1996 dan separuh akhir Piala Dunia 2022 kepada Argentina.

“Suasana perlawanan cukup hebat. Saya minta maaf kepada semua penyokong kami ekoran prestasi buruk yang kami tunjukkan pada perlawanan ini.

“Kami tidak begitu agresif. Saya harap situasi ini hanya berlaku pada perlawanan ini, bukannya pada aksi seterusnya,” katanya yang turut memacu Croatia layak ke final Piala Dunia 2018.

Lamine Yamal, 16, muncul pemain termuda yang beraksi di Euro dan pemain sayap Barcelona mencipta umpanan berkualiti untuk membolehkan Dani Carvajal meledak gol ketiga Sepanyol.

Sebelum itu, La Roja memulakan kempen dengan baik apabila memperoleh dua gol dalam tempoh 30 minit menerusi Alvaro Morata dan Fabian Ruiz.

“Kami mempunyai peluang, tetapi tidak dapat sudahkannya dengan baik. Walaupun permainan kami lebih baik di babak kedua, namun ia nyata belum cukup. Sepanyol berhak menang, tetapi tidaklah dengan jumlah jaringan terlalu besar.

“Kami tidak boleh lagi lakukan kesilapan bagi hadapi perlawanan selepas ini. Bagusnya sekarang adalah kami tahu yang kami tiada pilihan lain untuk layak kecuali perlu menang,” kata bintang tengah Croatia, Luka Modric. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI