fbpx

PATI ceroboh masuk Malaysia ikut jalan tikus diusir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam PATI yang ditahan sebelum diusir balik selepas memasuki negara ini secara haram untuk bekerja.

KUCHING – Hasrat enam warga Indonesia untuk bekerja ke negeri ini tidak kesampaian apabila mereka diusir balik kerana memasuki Sarawak secara haram melalui jalan tikus.

Kesemua mereka ditahan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang melaksanakan rondaan di Sektor Pos GABMA Biawak kira-kira 118 meter dari sempadan pukul 4.10 petang semalam.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen dalam satu kenyataan berkata, anggota ronda tentera membuat pemeriksaan terhadap enam PATI terbabit dan hasil soal siasat mendapati mereka dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia.

Pemerikaan tidak menjumpai sebarang barang terlarang dan berbahaya, sebaliknya hanya wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg pakaian dengan nilai keseluruhan lebih RM10,000.Kesemua PATI itu dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI