fbpx

Tapir 250 kg sesat, jatuh lubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan membersihkan tubuh tapir yang penuh dengan lumpur setelah terjatuh ke dalam lubang di sebuah ladang kelapa sawit di Rantau Abang, Dungun semalam.

DUNGUN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyelamatkan seekor tapir seberat 250 kilogram yang terjatuh ke dalam lubang dipenuhi lumpur di sebuah ladang sawit di Rantau Abang di sini semalam.

Haiwan jantan tersebut terjatuh ke dalam lubang sedalam 2.4 meter terbabit pada pukul 6.30 petang.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, empat anggota Perhilitan bergegas ke lokasi kejadian, manakala kerja-kerja menyelamat terpaksa dilakukan secara manual berikutan ketiadaan jentera berat ekoran inisden itu berlaku lewat petang dan hari cuti minggu.

“Kita terpaksa korek lubang dengan menggunakan cangkul sebelum menaikkan haiwan dilindungi tersebut secara perlahan-lahan.

“Kerja-kerja penyelamatan mengambil masa lebih lima jam sebelum tapir berkenaan dibawa ke Pejabat Perhilitan Dungun untuk diperiksa dan dibersihkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI