fbpx

Kecemasan hospital, bukan buat persembahan – Achey nafi sombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Achey memberi penjelasan berhubung tuduhan dirinya menyombong dengan peminat.

PETALING JAYA – Didakwa sombong dan enggan melayan permintaan peminat untuk bergambar di hospital, pelawak, Achey menegaskan ketika itu dia berada dalam kecemasan.

Ujar Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 37, pada waktu itu dia datang ke hospital bagi menguruskan pekerja yang terlibat dalam kemalangan, sekali gus terpaksa mendahulukan perkara penting.

“Mana yang dulu, saya dulukan. Perkara kecemasan, bukannya saya datang situ (hospital) buat persembahan.

“Saya datang sebab pekerja saya kemalangan, jadi saya kena uruskan semua benda.

“Minta maaf kalau saya terlepas pandang ya,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Situasi bermula apabila seorang netizen tampil memaklumkan, dia berasa kecewa kerana sudah beberapa kali memanggil Achey untuk bergambar namun tidak dilayan.

“Tadi jumpa awak (Achey) di sebuah hospital di Kuala Pilah, kami panggil nak ajak bergambar tapi siapalah kami ini kan?,” komennya dalam TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam individu tersebut selain menyifatkannya sebagai seorang yang tidak mempunyai ‘common sense’.

“Ya Allah, kau jumpa dia dekat hospital mestilah dia ada kecemasan, takkan tidak boleh fikir? Susahnya jadi artis kalau ramai peminat bengap macam ini,” selar netizen itu.

“Hidup ini kena ada perasaan simpan dan timbang rasa, tak logik kau nak kata dia sombong sedangkan dia sedang kalut dengan kes kecemasan, tak sangka wujud orang macam begini,” demikian komen seorang lagi netizen.

Ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku kepada selebriti tanah air, sebelum ini pelakon Ben Amir dan Amir Ahnaf juga pernah berdepan dakwaan menyombong dengan peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI