fbpx

KPDN perluas arahan larangan belian petrol, diesel secara berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ARAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan arahan buat stesen-stesen minyak di beberapa negeri untuk tidak membenarkan pembelian petrol RON95 atau diesel secara berulang.

Buat masa ini, arahan tersebut hanya dikuatkuasakan di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak dalam memastikan tiada kenderaan tempatan cuba mengambil kesempatan membuat pengisian petrol atau diesel dengan kuantiti penuh secara berulang dalam masa sehari.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDN, Shamsul Nizam Khalil berkata, bagi tujuan itu, pihaknya juga akan menempatkan anggota dan pegawai untuk melakukan pemantauan di stesen-stesen minyak bagi memastikan tiada mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan.

“Inisiatif ini sedang dalam perancangan untuk diperluaskan malah keputusan pimpinan tertinggi KPDN juga melihat ini sebagai satu keperluan,” katanya selepas pemeriksaan harga barangan dan perkhidmatan menerusi Ops Kesan 2.0 sekitar negeri ini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI