fbpx

‘Playboy’ dikorbankan pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Samad Samiran disamping lembu sado ‘ playboy’ yang akan dikorbankan di ladang ternakannya di Kampung Pak Khalib, Pekan Nanas, di Pontian, Johor. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

PONTIAN – Disebalik tempahan hanya 10 ekor lembu yang diterima bagi ibadah korban tahun ini, namun penjualan lembu sado atau panggilan ‘playboy’ memberikan kelegaan kepada Abd. Samad Basiran

Abd. Samad, 51, berkata, lembu sado dari baka brahman cross itu telah menarik minat seorang pengusaha ternakan ikan kelisa yang membelinya dengan harga RM10,000 ribu bagi tujuan ibadah korban.

Katanya, ‘playboy’ yang dibeli dari seorang penternak di Segamat pada tahun 2018 ketika berusia satu tahun mampu menghasilkan satu tan daging lembu sepertimana lembu sado yang lain.

“Hasrat untuk menjual ‘playboy’ memang ada kerana kos makanan yang tinggi pada setiap hari dengan kadar sehari RM6.00 selain tujuan mencari baka lembu sado yang lain,” katanya ditemui di ladang ternakannya di Kampung Pak Khalib, Pekan Nanas, disini.

Abd. Samad menambah, selain ‘playboy’ sembilan ekor lagi lembu turut disembelih pada Hari Raya Aidiladha pertama dan kedua yang ditempah oleh Hospital Pontian dan individu sekitar Pekan Nanas.

Jelasnya, dia menjual lembu-lembunya bagi tujuan ibadah korban dengan harga antara RM5.500 hingga RM6,500 seekor atau kira-kira RM800 hingga RM900 bagi satu bahagian lembu secara berkelompok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI