fbpx

MyPPP mula bangkit, hidupkan semula semua cawangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALJIT SINGH (berdiri, kiri) menyampaikan kad keahlian kepada Inderpal Singh di Bentong, Pahang hari ini.

BENTONG – Selepas lebih empat tahun berhadapan kemelut termasuk digantung oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Parti Progres Penduduk (MyPPP) mula membuat kebangkitan semula dalam kancah politik negara dengan menghidupkan kembali semua cawangan di seluruh negara.

Bendahari Agung MyPPP, Datuk Seri Daljit Singh Dalliwal berkata, selepas ‘dibebaskan’ oleh RoS tahun lalu parti pelbagai kaum yang berusia lebih 70 tahun itu kini bangkit semula dengan pendekatan bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Sekarang ‘die hard member’ masih ada beribu ribu di luar dan mereka akan masuk balik, cawangan MyPPP tengah ‘revive’, banyak sudah di ‘revive’, di Selangor, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Perak, di Pulau Pinang, di Melaka, sekarang di Pahang dan 22 Jun ini kami akan ada Mesyuarat Agung Tahunan di Pahang.

“Jadi keahlian akan naik balik dan mereka akan pulang ke pangkuan MyPPP, kita akan sesuaikan dengan keadaan dan yakin akan diterima oleh mas,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan keahlian kepada ahli cawangan Protem MyPPP Taman Gemilang di sini hari ini.

Pada majlis itu juga Daljit Singh turut melantik seorang peguam Inderpal Singh Jit Sing sebagai Pengerusi Protem MyPPP Taman Gemilang Bentong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI