fbpx

Balik raya, laluan masuk ke Gua Musang kembali lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan di pusat bandar Gua Musang kembali lancar hari ini selepas mengalami kesesakan ekoran pertambahan kenderaan semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Aliran trafik di pintu masuk ke Gua Musang kembali lancar dan terkawal hari ini selepas mengalami kesesakan ekoran pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha semalam.

Tinjauan Kosmo! di laluan Gua Musang-Kuala Lipis dan Gua Musang-Kuala Krai hari ini mendapati, bilangan kenderaan perantau dilihat berkurangan berbanding semalam.

Selain itu, tinjauan yang dilakukan di jalan Gua Musang-Jeli juga mendapati laluan alternatif untuk perantau ke daerah Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah juga lengang dengan kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI