fbpx

Ibu Fadhlina Sidek meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah di Facebook Fadhlina.

PETALING JAYA – Ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor, meninggal dunia pukul 9.30 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina hari ini.

“Dukacita dimaklumkan ibunda kami Dr Siti Zalikhah Md Nor (balu Allahyarham Datuk Dr. Siddiq Fadzil) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.30 pagi 16 Jun 2024.

“Jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini.

Pejabat Menteri Pendidikan turut merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga.

“Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sesungguhnya, Allahyarhamah seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI