fbpx

[VIDEO] Wali tumbuk pengantin lelaki selepas akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wali nikah menumbuk pengantin lelaki selepas majlis akad nikah di Kota Ternate. - Foto TribunTernate.com/Tangkap Layar

JAKARTA – Satu rakaman video tular memaparkan seorang pengantin lelaki di Kota Ternate, wilayah Maluku Utara ditumbuk oleh abang iparnya sejurus selesai diijab kabul, lapor portal berita TribunTernate semalam.

Pada mulanya, video berdurasi 6 minit dan 57 saat itu merakamkan suasana majlis tersebut yang berjalan dengan normal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, selepas akad nikah selesai dilakukan, wali nikah yang merupakan abang kepada pengantin perempuan, bangun dan menumbuk adik iparnya yang sedang duduk di atas kerusi.

Suasana majlis kemudian bertukar kecoh kerana anggota keluarga lain datang menghampiri si abang untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku antaranya dengan pengantin lelaki.

Lelaki tersebut, Muhammad Fahri Tarafannur mengaku berasa emosi dengan pengantin lelaki kerana pernah mengancam mahu membunuh keluarganya.  

“Dia mengancam mahu membunuh keluarga saya,” kata Muhammad Fahri.

Dakwaannya itu kemudian mendapat respons daripada ahli keluarga lain sehingga berlakunya perbuatan memaki hamun dan menyalahkan pengantin lelaki.

“Dia (pengantin lelaki) mengancam untuk membunuh satu keluarga,” kata seorang ahli keluarga pengantin perempuan.

Namun, pihak keluarga pengantin lelaki meluahkan rasa kesal dengan tindakan Muhammad Fahri.

Mereka mengaku berasa seperti tidak dihargai ketika datang dari jauh untuk menghadiri majlis tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI