fbpx

Drama selesai, tiada lagi peluang ke-12 untuk Aliff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERAKHIR sudah kemelut rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah apabila sah bercerai talak satu buat kali kedua baru-baru ini.

PUAS hati dan lega! Itu antara ayat yang membanjiri media sosial selepas pelakon juga penyanyi sensasi, Aliff Aziz melafazkan talak satu terhadap bekas isterinya, Bella Astillah pada Khamis (13 Jun) lalu.

Pasangan penuh drama itu akhirnya menoktahkan status suami isteri yang dibina hampir sedekad lalu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Paling mencuri perhatian apabila kedua-duanya menolak untuk bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum talak dilafazkan Aliff di hadapan hakim.

Jika diimbau semula, perjalanan kemelut rumah tangga pasangan ini boleh diibaratkan menonton ‘sinetron’ 200 episod.

Bertahun-tahun juga netizen dan media dihadapkan dengan cerita kemelut rumah tangga mereka dan akhirnya semua sudah bernoktah.

BELLA bersyukur episod duka dalam hidupnya akhirnya menemui noktah.

Kontroversi yang melanda mereka berdua tidak pernah sunyi dan semuanya pasti tentang kecurangan, klimaksnya pula kejadian Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Kalau hendak disebut nama mereka yang terkait, lima muka surat pun tak akan habis tetapi bak kata netizen, tertutup sudah peluang ke-12 Aliff selepas dikatakan curang sebanyak 11 kali.

Kalau diamati semula kisah kecurangan Aliff, paling ‘epik’ pastinya bersama Ruhainies dan watak tambahan, Sarah Yasmine sehingga kecoh dua negara.

Perjuang seorang diri

Kurang sejam memegang status janda pada 13 Jun lalu, Bella, 30, kemudian mencetus perhatian dengan perkongsian berbaur sindiran terhadap Ruhainies.

Masakan tidak, dia menggelar Ruhainies sebagai ‘bekas sahabat’ yang telah memusnahkan rumah tangganya dengan Aliff.

BELLA menyifatkan Ruhainies sebagai punca kemusnahan rumah tangganya bersama Aliff.

“Buat kali terakhir, saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini.

“Anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” katanya yang meruntun emosi ramai.

Tidak hanya itu, Bella menerusi nukilan sinis tersebut turut mendedahkan segala perjuangan yang dilakukan seorang diri untuk rumah tangga selama ini dianggap tidak bermakna.

“Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia-sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam,” ujarnya.

Tidak seperti pasangan selebriti lain, dia juga menolak membuat sebarang tuntutan bagi mutaah, iddah, tunggakan nafkah isteri, hutang perkahwinan dan harta sepencarian atas persetujuan bersama dengan bekas suami.

Baginya, diberikan hak penjagaan penuh bagi dua anak mereka iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, sudah lebih daripada cukup.

Muhasabah diri

Sementara, Aliff yang tenang sepanjang prosiding berlangsung berkata dia kini dalam fasa memperbaiki diri ke arah lebih baik.

ALIFF menyerahkan hak penjagaan anak-anak sepenuhnya kepada bekas isteri, Bella.

“Harap orang ramai dapat beri ruang pada kami dan keluarga supaya dapat menjalani masa akan datang dengan lebih baik.

“Apa yang harus kami lakukan sudah kami lunaskan (perceraian),” ujarnya yang pernah mengakui membuka ruang Ruhainies mendengar masalah peribadinya adalah satu kesilapan sebelum ini.

Menjawab dakwaan ramai tentang kerjaya seninya akan hancur kerana kontroversi yang berlaku, penyanyi berusia 33 tahun itu sentiasa percaya dengan rezeki Tuhan.

“Bagi saya, ini satu perkara yang yakin iaitu rezeki sendiri adalah daripada Allah SWT.

“Semoga semua yang berlaku ini dapat menjadikan saya dan pihak lain sebagai individu lebih baik,” jelasnya tenang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI