KEHADIRAN pelakon Syarul Ezani mula mencuri perhatian khalayak menerusi drama bersiri Kami.
Mula ditayangkan pada 2007, setahun kemudian naskhah tersebut kemudian diangkat ke layar perak dengan tajuk Kami The Movie.
Waktu itu, nama Syarul boleh dikatakan memuncak dan menjadi kegilaan peminat. Namun, sayangnya apabila beberapa tahun Kami The Movie ditayangkan, Syarul terus hilang daripada radar dunia hiburan dan menyepi.
Kini selepas lebih 20 tahun, Syarul membuat kemunculan semula dan ternyata percaturannya itu berjaya.
Boleh dikatakan setiap stesen televisyen menayang karya lakonannya sehingga ada yang memuji Syarul mampu menjadi ‘hero Malaya’ tahun ini.
Setiap karya lakonannya juga mendapat pujian dan meriah perhatian. Tidak kurang juga bila Diva sendiri puji mutu lakonan Syarul dalam drama Kiblat Ke Syurga yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.
Boleh dikatakan, sejak membuat kemunculan semula beberapa tahun kebelakangan ini, Syarul berjaya mengembangkan lagi bakat dalam bidang lakonan.
Semoga selepas ini harapnya Syarul jangan pula hendak hilang lagi ya.
Diva: Dah nak raya haji, isu Ustaz Don tak habis-habis jadi sebutan. Rasanya, golongan agama kena sepakat isu berkenaan. Risau