fbpx

Bersemut! Bahagianya Syasya di sisi Nasrullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI tumpang gembira melihat Syasya bahagia di sisi Nasrullah.

DIVA ingatkan, kalau sudah kahwin, cerita akan tamat tetapi rupa-rupanya belum habis lagi orang bercakap tentang Syasya Dolla.

Dalam media sosial, memang tak berhenti netizen viralkan tentang Syasya dan suaminya, Nasrullah.

Bukan dikecam tetapi dihujani pujian yang rata-ratanya berpendapat Syasya membuat keputusan tepat dengan memilih tarik diri dari kumpulan Dolla.

Bukan itu sahaja, ramai berkata dia dilihat sangat bahagia di samping suami tercinta apabila tular videonya menari bersama Nasrullah.

“Bahagianya! Inilah orang kata apabila berada dalam tangan lelaki yang tepat.

“Terpancar seri kebahagiaan pada wajah Syasya. Tak mengapalah lepaskan Dolla sebab Tuhan beri lebih banyak nikmat hebat untuknya,” komen netizen.

Memang melambung-lambung pujian yang netizen berikan, namun Diva tak nafikan Syasya nampak sangat bahagia sekarang.

Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga ya.

DIVA: Sehingga kini, netizen tak berhenti viralkan video persembahan Dolla di PinkFish 2024. Kata netizen, Dolla layak untuk beraksi di pentas Coachella.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI