fbpx

Azeem sah status ‘raja pecut’ negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azeem (tengah) menepati ramalan apabila meraih pingat emas acara 100m pada saingan Terbuka Malaysia malam ini.

KUANTAN –  Muhammad Azeem Fahmi dinobat raja pecut pada kejohanan Olahraga Terbuka Cahya Matta Malaysia 2024 di Stadium Darul Makmur malam ini.

Azeem mencatat masa terpantas 10.43 saat (s) dengan menewaskan Jonathan Nyepa yang berada di tempat kedua dengan catatan 10.54s dan Mohd Eferain Feerzan Khan dengan catatan masa 10.61s di tempat ketiga.

Masa catatan Azeem yang mewakili negeri Perak itu bagaimanapun kurang baik jika dibandingkan semasa menjuarai separuh akhir dengan 10.39s yang dilakukan sebelum ini.

Catatan atlet berusia 20 tahun itu juga gagal untuk membantu beliau layak secara merit Sukan Olimpik Paris 2024.

“Syukur Alhamdulillah saya berjaya mendapat tempat pertama pada kejohanan kali ini walaupun masa yang di catat kurang memberangsangkan,” katanya selepas tamat perlumbaan.

Mengulas lanjut, Azeem mengakui belum cergas seratus peratus kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas pulang dari Amerika Syarikat Rabu lalu.

” Selepas ini saya ingin.berehat bersama keluarga sebelum bersedia untuk kejohanan Olahraga Terbuka Kazakhstan hujung bulan ini.

“Saya berharap kemenangan malam ini dapat meningkatkan ranking dan akan berusaha lebih lagi hujung bulan ini untuk berada dalam senarai 56 atlit terbaik dunia,” katanya.

Sementara itu, Zaidatul Husniah pula berjaya menjuarai 100 meter wanita akhir untuk bergelar ratu pecut negara dengan masa 11.79s.

Wakil ATM itu menewaskan Nur Afrina Batrisha Ahmad yang mewakili Selangor yang mencatat masa 11.87 saat manakala tempat ketiga diraih wakil Terengganu, Azren Nabila Alias yang mencatat masa 12.21 saat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI