LONDON – Pelumba Perancis, Fabio Quartararo mengakui bahawa jentera yang Yamaha dipacunya musim ini ketinggalan 12 bulan berbanding para persaingnya.
Kali terakhir Quartararo melakar kemenangan di kelas perdana sewaktu di Grand Prix Jerman pada Jun 2022 dan sudah kemarau kemenangan lebih dua tahun.
Bagaimanapun, Quartararo percaya dengan usaha dan kerja keras pasukannya, Yamaha bakal membangunkan jentera M1 yang lebih sempurna dan berada di kelompok hadapan semula.
“Kami akan kembali dan harinya akan tiba untuk kami berjuang memburu kemenangan semula. Saya rasa bertenang adalah cara terbaik untuk kami mencari titik kebangkitan.
“Sudah tentu ia adalah musim yang sukar untuk tahun lepas dan tahun ini. Tetapi, kami bekerja dengan cara yang sangat baik dan kami mengambil langkah kecil. Jadi, mudah-mudahan kita dapat melakukannya.
“Sebagai pelumba, saya sentiasa berjuang pada tahap maksimum. Pada hari Yamaha mempunyai jentera yang sangat kompetitif, saya bersedia untuk kembali di kelompok hadapan semula,” katanya
Selepas tujuh pusingan perlumbaan, Quartararo gagal menembus lima terbaik dan kedudukan paling cemerlang dicapainya adalah di tempat ketujuh di GP Portugal. – AGENSI