fbpx

Zii Jia mara ke final Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melangkah ke pentas final Terbuka Australia selepas menumpaskan wakil Taiwan, Lee Chia Hao sebentar tadi.

Pada aksi  yang berlangsung di Quaycentre di Sydney Olympic Park tersebut, Zii Jia bermula goyah apabila ketinggalan pada set pertama, namun bangkit pada dua set seterusnya dengan kemenangan 10-21, 21-15, 21-10 dalam tempoh 56 minit.

Ini adalah kemenangan ketiga Zii Jia dalam enam pertembungan kerana pada tahun lalu pemain ranking No. 8 dunia itu tumpas di tangan Chia Hao 21-19, 17-21, 20-22 di Terbuka Hong Kong.

Aksi terbaik itu pasti melonjak semangat Zii Jia terutama persiapannya untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris yang membuka tirai bulan depan.

Hasil keputusan tersebut, Zii Jia dijangka menentang sama ada Kodai Naraoka dari Jepun atau Lin Chun Yi dari Taiwan esok.

Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing kempunan untuk melangkah ke pentas separuh akhir apabila tunduk 11-21, 11-21 kepada pasangan China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin.

Nasib sama menimpa beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Mohd. Haikal Nazri apabila tersingkir di separuh akhir selepas tewas 18-21, 9-21 kepada pilihan utama dari China, He Jiting-Ren Xiangyu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN