fbpx

Ada pengumuman baik daripada PM esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Katanya pengumuman tersebut adalah hasil kerjasama baik dan persefahaman dicapai di antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.

“Kita tunggu daripada perdana menteri esok. Intronya berkaitan dengan serba sedikit barang makanan yang lazim kita makan seharian, jadi ada berita baik daripada perdana menteri.

“Tetapi ia menunjukkan bahawa apabila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri, pihak kerajaan dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, jadi kita berupaya untuk buat pengumuman seperti yang akan diumumkan perdana menteri esok,” katanya.

Fahmi berkata demikian selepas merasmikan Mydin Mart Pantai Dalam dan menyampaikan sumbangan Aidiladha kepada penduduk di Parlimen Lembah Pantai hari ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI