fbpx

JKM teliti calon penjaga adik Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (dua kiri) melakukan simbolik perasmian program 'Autism Empowerment Weekend' di Muzium Kebudayaan Borneo di Kuching, hari ini yang disertai seramai 800 kanak-kanak autisme.

KUCHING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mempunyai nama-nama individu yang layak dan sesuai untuk dipertimbangkan sebagai penjaga adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matin.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini, kanak-kanak itu sedang ditempatkan di institusi kebajikan sementara menunggu keputusan mahkamah untuk menempatkannya kepada orang yang layak dan sesuai.

“Mahkamah beri dua bulan sehingga 9 Ogos ini, jadi pada masa sama, JKM sudah bersedialah untuk memberi nama-nama orang yang mungkin layak dan sesuai.

“Ia cuma syor sahaja tetapi itu akan diperhatikan juga,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program ‘Autism Empowerment Weekend’ di Muzium Kebudayaan Borneo di sini, hari ini.

Nancy berkata, orang yang layak dan sesuai diberi kelulusan secara mutlak untuk menjaga kanak-kanak itu juga akan diberi tempoh sementara, bagi melihat sama ada mereka mempunyai keserasian atau tidak.

Khamis lalu, ibu dan bapa kepada kanak-kanak itu didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas Zayn Rayyan, tahun lalu.

Susulan itu, JKM Selangor mendapat perintah jagaan sementara kanak-kanak itu mengikut Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 dari Mahkamah Majistret Shah Alam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI