fbpx

TikTok, Telegram diminta turun kandungan berkaitan siasatan Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti beberapa laman media sosial yang memaparkan dakwaan maklumat siasatan yang dibocorkan berkaitan kes Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada umum.

MCMC dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial termasuk TikTok dan Telegram untuk penurunan kandungan terbabit.

“Penyebaran dakwaan maklumat siasatan kes tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu perbicaraan kes.

“MCMC memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu,” katanya hari ini.

Pada masa sama, pengguna media sosial dinasihatkan untuk memadam hantaran atau sebarang komen yang boleh menimbulkan spekulasi.

Jelasnya, berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

“Ia serta denda lanjutan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan tersebut diteruskan selepas pensabitan,” katanya.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan menjalankan siasatan susulan penyebaran maklumat didakwa fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan yang tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat terbabit termasuk menurunkan kandungan dikesan dimuat naik di Telegram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI