fbpx

Dua tahun kerja tanpa gaji, 17 amah diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang diselamatkan dalam serbuan di Shah Alam, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menyelamatkan 17 mangsa eksploitasi buruh paksa warga Indonesia di sebuah rumah yang dijadikan sebagai asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam Selangor, semalam.

Serbuan pada pukul 9.30 malam itu dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran-Atipsom, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama pasukan Taskforce NSO MAPO.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan hasil maklumat eksploitasi buruh paksa keatas mangsa sebagai pembantu rumah.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa telah bekerja antara enam bulan hingga dua tahun dengan majikan tersebut namun terdapat mangsa mengadu tidak menerima sebarang bayaran gaji.

“17 wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 45 tahun diselamatkan di bawah Seksyen 44(1) Akta Antipemerdagangan Orang” katanya hari ini.

Tambah beliau, tiga lelaki warga tempatan turut ditahan disyaki berperanan sebagai majikan dan penyelia (mengambil dan menghantar mangsa ke tempat kerja).

“Tiga lelaki berusia 31 hingga 40 tahun ditahan di bawah Seksyen 12 Akta ATIPSOM, sekiranya disabit kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh didenda,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI