fbpx

Tiada ‘u-turn’ kembali ke pangkuan Aedy Ashraf – Amelia Henderson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA Henderson enggan menjalin hubungan istimewa lagi dengan Aedy Ashraf.

PETALING JAYA – Selepas mengesahkan putus cinta, pelakon Amelia Henderson menegaskan tidak akan kembali ke pangkuan aktor Aedy Ashraf.

Perkara itu diluahkan pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson, 29, apabila peminat bertanya mengenai kebarangkalian kembali menjalin hubungan dengan bintang filem Tentang Bulan itu.

“Tidak!

“Pengajaran yang saya belajar daripada perhubungan ini adalah macam mana kita sayang atau bantu seseorang dalam perjalanan kehidupan dia kadang-kadang kita harus melepaskan untuk dia berkembang dengan lebih sihat walaupun tidak bersama lagi,” katanya dalam sebuah siaran langsung.

Dalam masa sama, dia yang mesra membahasakan diri sebagai Ame mengakui akan lebih berhati-hati dalam perhubungan akan datang.

“Mungkin saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya ingat sudah cukup berhati-hati selama ini.

“Sudah tentu dalam kehidupan ada banyak cara untuk perbaiki,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu mendedahkan hubungan istimewanya dengan Aedy tidak lagi seperti sebelum ini.

Difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama menjayakan drama Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada penghujung 2021.

Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Aedy memuat naik hantaran patah hati dalam akaun media sosialnya.

Tidak berakhir di situ, pada April tahun lalu, kisah cinta mereka kembali bertaut dan Aedy berharap hubungan itu akan lebih serius berbanding sebelum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI