fbpx

Ada pihak sengaja cari kesalahan saya – Ustaz Don

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Don
PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid, 40, mendakwa terdapat pihak yang sengaja mencari kesalahannya setiap kali muncul dalam program dakwah.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Anna berkata, pihak tersebut juga menggunakan kesilapan yang dibuat itu untuk ditularkan dalam media sosial.

“Ada kelompok yang sengaja mencari salah saya dan kemudian viralkan dalam media sosial,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Anna mewakili Ustaz Don berkata demikian bagi mengulas isu berhubung perkongsian yang dibuat semasa mengendalikan program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Ditanya mengenai tindakan stesen televisyen tersebut merehatkan beliau terus dari program itu yang berbaki empat episod lagi, Anna berkata, perkara tersebut diuar-uarkan menerusi media sosial dan kemudian menjadi perbualan ramai netizen yang merosakkan reputasi Ustaz Don sebagai seorang pendakwah bebas.

“Apakah perasaan anda jika anda ditamatkan perkhidmatan melalui media sosial tanpa surat rasmi? Adakah itu juga kebimbangan yang tidak beretika?” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan Ustaz Don tidak lagi akan membuat penampilan dalam program terbabit yang akan berakhir pada 17 Jun ini.

Tindakan itu susulan kenyataan pendakwah tersebut yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengelirukan dan tidak disokong oleh dalil yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI