fbpx

Lubang benam tunggu masa ‘telan’ bangunan 13 tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan lubang benam terbentuk di bawah bangunan apartmen Vina del Mar, Chile pada 12 Jun lalu. – AFP

SANTIAGO, Chile  – Hujan lebat yang melanda Chile sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebuah lubang benam gergasi terbentuk di bawah hartanah mewah di bandar peranginan Vina  del Mar, memaksa beratus-ratus penduduk berpindah.

Bangunan 13 tingkat menempatkan 200 apartmen  setiap satu berharga AS$500,000 (RM2.35 juta)  itu kini berada di atas lubang sepanjang 15 meter dan sedalam 30 meter. Ia adalah lubang benam terbaru yang terbentuk di kawasan itu dalam masa kurang setahun.

Antara segelintir penghuni yang belum berpindah dari bangunan apartmen Euromarina II itu  ialah Sergio Silva.

Silva,77,  berkata, dia cuba meletakkan sebahagian barangan miliknya untuk dibawa ke tempat lebih selamat kerana lebih banyak hujan dijangka turun.

“Kami hanya mengambil barang-barang penting sahaja,” katanya kepada AFP.

Penduduk beberapa buah bangunan lain  di bawah Euromarina II juga telah mengosongkan kediaman mereka kerana bimbang ia akan runtuh.

“Sebilangan penduduk berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. Kami yang masih di sini bersiap-sedia sekiranya berlaku kecemasan atau kami terpaksa berpindah,” kata penghuni bangunan apartmen Eurovista, Claudio Camus, 43.

Bangunan  itu berdiri di bawah Euromarina II.

Hartanah mewah tersebut  terletak di kawasan seluas 28 hektar yang mana sebelum 1984, merupakan sebahagian daripada taman perlindungan haiwan milik negara. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI