fbpx

Cuaca buruk di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat terutama di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga tengah hari nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu tertumpu di kebanyakan tempat di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Cuaca buruk itu turut melanda di Port Dickson, Negeri Sembilan serta Pantai Barat di Melaka.

“Selain itu, ribut juga berlaku di beberapa tempat di Daerah Utara, Perlis dan Kedah serta kawasan pantai di Pulau Pinang.

“Di Sabah, cuaca lembab dijangka berlaku di beberapa tempat melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Kudat dan Labuan, ujarnya.

Sementara itu,, MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir berlaku hampir di seluruh negeri pada petang ini.

Cuaca buruk itu akan melanda beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Dalam pada itu, cuaca yang sama turut berlaku melibatkan kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Cuaca buruk turut terkesan di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Kudat, Pantai Barat dan Sandakan diikuti dengan kebanyakan daerah di Sarawak pada petang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI