fbpx

Bapa karnivor mahu anak turut makan daging mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rowe menyifatkan tenaganya bertambah selepas makan daging mentah. - Instagram @therealnaturalhumandiet 

WASHINGTON – Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) yang hanya makan daging mentah menakutkan penonton kerana mahu anak-anaknya melakukan perkara sama, lapor sebuah akhbar Metro UK.

Weston Rowe, 43, yang membintangi rancangan terbitan TLC berjudul My Strange Addiction: Still Addicted? menyatakan bahawa dia telah makan lebih 1,950 kilogram daging mentah selama empat tahun.

Selain daging mentah, dia juga makan makanan yang tinggi kandungan protein seperti daging ayam, hati, limpa dan organ haiwan lain, juga secara mentah. 

“Saya makan sebanyak 0.9 kilogram daging mentah setiap hari, ia membantu saya mengatasi masalah kulit dan mental,” kata Rowe. 

Rowe percaya tabiat pemakanan pelik itu dapat membantu meningkatkan tenaganya, biarpun kerap diberi amaran tentang bakteria berbahaya, salmonella. 

Dia tidak bersendirian kerana isterinya juga makan daging mentah. 

Rowe turut merancang untuk mendorong anak-anaknya mengamalkan diet itu. 

“Mereka juga akan makan bersama kami, semestinya. Kami semua akan makan dengan cara kami sendiri,” kata Rowe. 

Sementara itu, seorang doktor pakar bernama Zoe menasihati orang ramai, terutamanya ibu mengandung dan kanak-kanak untuk tidak mengikut diet tersebut kerana mereka memerlukan nutrien daripada makanan yang lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI